Perutusan Pengarah


DSC_7465

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Hospital Limbang!

Laman Web Hospital Limbang ini dibangunkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh Hospital Limbang kepada komuniti khasnya di Daerah Limbang. Ini sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia melalui misinya yang ingin mencapai sepenuhnya  potensi masyarakat dalam kesihatan serta mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan yang lebih baik. Adalah diharapkan laman web ini dapat digunakan dengan sebaiknya serta dapat memberi manfaat kepada semua golongan. Sama-samalah kita berganding bahu menuju ke arah masyarakat sejahtera dan sekaligus mencapai status negara maju.

Dr Mohamad Ng Siah Huat
Pengarah Hospital Limbang