Sejarah Hospital Limbang


IMG-20171008-WA0003

SEJARAH HOSPITAL LIMBANG

Hospital Limbang yang lama terletak dibandar Limbang yang kini digunakan sebagai Makmal Ubat dan Stor BahagianLimbang. Ia ditubuhkan pada 18 Ogos 1961 dengan 16 orang jururawatdan 10 attendan dengan 54 buah katil.

Sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan Bandar Limbang,Hospital Limbang yang baru telah dibuka dengan rasminya pada 29 Jun 1980 olehTYT Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Hj MuhammadSalahuddin . Kos pembinaan sebanyak RM 4.912 juta dengan keluasan sebanyak 7.8hektar.

Kini 2017, kekuatan staf seramai 279 orang termasuk 19 orang Pegawai Perubatan dan 1 Orang Pakar Puan dan 2 Orang Pakar Radiologi