Visi Dan Misi


VISI

 

Hospital Limbang akan menjadi sebuah pusat rawatan yang berkualiti dan antara yang terbaik di Sarawak

 

 

MISI

 

Matlamat Hospital Limbang ialah menyediakan kemudahan perubatan serta pendidikan kesihatan secara berterusan untuk segenap lapisan masyarakat,

oleh kakitangan yang berkemahiran dan beretika,

demi mencapai taraf Kesihatan dan kehidupan yang lebih bermutu.

 

 

MOTTO

 

Kualiti adalah suatu asset, perkhidmatan adalah kewajiban

kami mementingkan kedua-duannya.

 

 

             

OBJEKTIF

Melahirkan kakitangan yang cekap dalam bidang masing-masing dan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Memastikan semua lapisan masyarakat memperolehi perkhidmatan perubatan paling optima daripada kakitangan terlatih secara adil tanpa mengira status sosial, adat resam dan kepercayaan.
  • Mewujudkan persekitaran bekerja yang selesa dan selamat serta mengamalkan polisi dan peraturan yang mesra pelanggan
  • Berusaha menyediakan kemudahan dan peralatan perubatan yang terkini
  • untuk membantu dalam proses membuat diagnosis dan rawatan pesakit sesuai dengan kemajuan teknologi perubatan.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Pertubuhan mahupun Badan Bukan Kerajaan dalam aktiviti amal (charity work), kempen kesihatan serta proses rawatan demi meningkatkan kesedaran serta taraf kesihatan masyarakat setempat.
  •  Merujuk pesakit kepada pakar yang berkaitan untuk rawatan lanjut samada secara rujukan terus bagi kes kritikal atau secara temujanji bagi kes stabil.
  • Menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas rawatan untuk pesakit (seperti perkhidmatan ambulans, rehabilitasi/fisioterapi dan perkhidmatan rekod perubatan serta kenderaan jenazah) untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi.