Ketua Direktorat : Pn Norrina Binti Nordani
SKOP PERKHIDMATAN
- Pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran hospital.
- Pengurusan hal-hal pentadbiran hospital termasuk pengurusan sistem fail, surat-menyurat, aset alih kerajaan, stor bekalan alat tulis, pengangkutan kenderaan bukan ambulans, kemudahan kuarters, kemudahan sewaan, perkhidmatan telefon, protokol, dan keselamatan hospital.
- Pengurusan perkara-perkara berkaitan lima khidmat sokongan hospital oleh syarikat konsesi.
- Pengurusan sumber manusia hospital meliputi perkara-perkara berkaitan perkhidmatan, perjawatan, kursus dan kes-kes tatatertib.
- Pengurusan perkara-perkara berkaitan dengan kewangan meliputi pengurusan gaji, bayaran tuntutan / elaun, pesanan kerajaan, bayaran pelbagai, perakaunan, dan penyediaan anggaran belanja mengurus.
- Pengurusan perolehan dan pemantauan peruntukan modal insan.
- Pengurusan dan pemantauan pembangunan di hospital.
- Pengurusan kutipan hasil hospital
- Pemantauan, penyenggaraan dan perancangan/pembangunan keperluan, penggunaan dan penambahan ICT di Hospital Limbang





